Antara baju hias dengan baju layang, dua jenis baju ini tidak sama. Ramai selalu keliru memanggil baju layang sebagai baju hias.
1. BAJU HIAS
Baju Hias ialah baju yang mempunya belahan tengah dan dipakai pada bahagian luar. contoh seperti gambar dibawah ini:-
2. BAJU LAYANG
Baju Layang Ialah Baju Untuk Terbang Atau Kain Yang Dipakaikan Dari Bahagian Belakang
Manakala Baju Layang ialah istilah untuk baju untuk terbang . Perkataan Baju layang sudah lama tidak digunakan kecuali dalam penulisan cerita-cerita lama. Baju layang dipakai dalam istana untuk dalam adat istiadat. Selain untuk adat istiadat, Baju layang juga digunakan dalam pertempuran untuk mengelakkan anak panah dan pedang mudah terkena si pemakai dari belakang dan tepi.
Dalam Dewan Bahasa juga ada menceritakan maksud Baju Layang yang sebenar
Antara contoh sastera lama yang menerangkan maksud Baju Layang
Bentuk Sebenar Baju layang ialah kain bahagian luar belakang contoh seperti dipakai oleh Sultan Selangor
Dalam bahasa english baju layang dipanggil mantle , Mantle banyak dipakai oeh watak supehero dalam movie seperti Superman, Batman dan banyak lagi.
satu lagi panggilan baru yang sering kita dengar ialah baju TEKUA, untuk pengetahuan semua, baju Tekua ialah baju rekaan baru dan bukan tergolong dalam Warisan tradisional Melayu. Ia menggunakan potongan barat/berkerut . Sedangkan baju Melayu wajib mempunyai kekek dan pesak.
Kesimpulannya, Baju layang dan Baju Hias mempunyai bentuk dan kegunaan yang berbeza. kedua jenis baju ini tidak sama langsung.
Ditulis, diterangkan, disusun dan disaring maklumat oleh.
DR. DR.H.C JOHAN ISKANDAR BIN ABDUL KARIM
johaniskandariah@gmail.com