No.25 (2nd) Floor, Jalan Tasik Raja Lumu L U4/L, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor.
Penulisan & Perkongsian

Ziarah Kubur Di Hari Raya

Ziarah Kubur Di Hari Raya

Ziarah Kubur Di Hari Raya Bukan Adat melayu.

Ade pihak menfitnah mengatakan ziarah kubur pada hari raya adalah adat melayu dan sesuatu bidaah besar. Untuk pengetahuan semua, ini adalah suatu tuduhan menfitnah pada semua bangsa Melayu.

Dalam alam Melayu tidak pernah ada adat ziarah kubur pada Hari Raya. Tidak ada satu pun catatan dan sumber fakta mengatakan adat menziarahi kubur adalah adat dalam bangsa Melayu.

Saya minta semua perlu memahami keadaan sebenar mengapa Kebanyakan ziarah kubur berlaku pada hari raya. Sebab-sebab utama ziarah kubur pada hari raya ialah;-
– Semua ahli keluarga kebetulan pulang pada hari raya di kampung halaman.
– Memudahkan proses membersihkan kubur apabila ramai ahli keluarga ada.
– Semua ahli keluarga cuti panjang pada masa yang sama.
– Untuk tunjuk lokasi sebenar kubur kerana ramai yang lupa dan keliru.
– Ziarah kubur pada hari sama memudahkan banyak kerja pembersihan, bacaan doa, jimat kenderaan dan tidak perlu buat banyak kali.
– Selalunya akan ziarah banyak kubur serentak, proses ini agak remeh jika perlu buat banyak kali.
– Kebanyakan ahli keluarga tinggal dan bekerja berjauhan dari kampung halaman

Kesimpulannya ziarah kubur pada Hari Raya adalah bukan suatu adat tetapi lebih pada kebetulan pada hari sama dan memudahkan kerja. Ziarah kubur pada hari raya bukan suatu yang wajib tetapi boleh dipilih tanpa sebarang paksaan.

 

 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

sinar harian
HUKUM MELETAKKAN DAUN DAN BUNGA DI ATAS KUBUR

Belum pun habis Ramadhan dah ada pula yang menyerang amalan umat Islam yang menaburkan bunga atas kubur. Dikata perbuatan tersebut menyerupai Kristian dan Yahudi dan bid’ah sesat. 

JAWAPAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH : 

Firman Allah : Bertasbih kepada Allah apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi (Surah at Taghabun 64:1)

1. Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam menyarankan agar di atas kuburan diletakkan pelepah kurma sebagaimana dalam sebuah hadits

“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang dari padanya disiksa kerana dahulu dia suka membuat fitnah dan seorang lagi disiksa kerana tidak menghindari diri daripada percikan air kencing. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini dapat merWallahua’lam sanya selagi ia belum kering.” (Riwayat Bukhari, no: 1378 dan Muslim, no: 292)

2. Para Ulama menngqiyaskan/menyamakan pelepah kurma dalam hadits di atas dengan segala macam tumbuh-tumbuhan yang masih basah sebagaimana yang di jelaskan oleh Syaikh Al-Khathib Asy-Syarbini dalam kitab Mughni Al-Muhtaj

ويسن أيضا وضع الجريد الأخضر على القبر وكذا الريحان ونحوه من الشيء الرطب ولا يجوز للغير أخذه من على القبر قبل يبسه لأن صاحبه لم يعرض عنه إلا عند يبسه لزوال نفعه الذي كان فيه وقت رطوبته وهو الاستغفار ( و ) أن يوضع ( عند رأسه حجر أو خشبة ) أو نحو ذلك لأنه صلى الله عليه وسلم وضع عند رأس عثمان بن مظعون صخرة وقال أتعلم بها قبر أخي لأدفن إليه من مات من أهلي رواه أبو داود وعن الماوردي استحباب ذلك عند رجليه أيضا

“Disunnahkan menaruh pelepah kurma hijau (basah) di atas kuburan, begitu juga tumbuh-tumbuhan yang berbau harum dan semacamnya yang masih basah dan tidak boleh bagi orang lain mengambilnya dari atas kuburan sebelum masa keringnya karena pemiliknya tidak akan berpaling darinya kecuali setelah kering sebab telah hilangnya fungsi penaruhan benda-benda tersebut dimana selagi benda tersebut masih basah maka akan terus memohonkan ampunan padanya
3. Dalam kitab Fatawa al Hadithiah m/s 196 disebutkan : 

” Para ulama beristinbath daripada perbuatan Nabi SallaLlahu ‘alaihi wasallam mencacakkan dua pelepah tamar di atas kubur, untuk bolehnya mencacak pokok dan bunga tetapi mereka tidak menerangkan caranya. Walau bagaimanapun, di dalam hadits sahih disebutkan bahawa Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam mencacak satu cacakan pada setiap kubur, maka bolehlah diambil pelajaran, ia merangkumi semua bahagian kubur. Maka tujuan yang boleh diambil daripadanya ialah di mana-mana bahagian kubur pun boleh. Abdul bin Humaid dalam Musnadnya bahawa Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam meletakkan pelepah itu di atas kubur di sisi kepala mayat di kubur tersebut “

4. Syeikh Atiyah Saqar (iaitu seorang Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar) berkata: “Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah SWT. 

Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.
Menyiram air di atas kuburan dan meletakkan daun-daunan yang hijau (segar) hukumnya sunnah, khususnya untuk kuburan yang baru ditimbun. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah saw memerciki kuburan puteranya tercinta Ibrahim dengan air dan meletakkan daun-daunan yang segar di atasnya (Riwayat Imam Syafi’i, Nailul Authar : 4/84).

6. Di bolehkan menaburkan bunga-bunga segar yang masih basah di atas kuburan2 ,‘karena hal ini(menaburi bunga) dapat meringankan siksaan mayat akibat bacaan tasbih tanaman/bunga diatas pusara tersebut.Lihat ; I’aanah at-Thoolibiin : II/120

يُسَنُّ وَضْعُ جَرِيْدَةٍ خَضْرَاءَ عَلَى الْقَبْرِ لِلْإ تِّباَعِ وَلِأَنَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُ بِبَرَكَةِ تَسْبِيْحِهَا وَقيِْسَ بِهَا مَا اعْتِيْدَ مِنْ طَرْحِ نَحْوِ الرَّيْحَانِ الرَّطْبِ

Disunnahkan meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kuburan, karena hal ini adalah sunnah Nabi Muhammad Saw. dan dapat meringankan beban si mayat karena barokahnya bacaan tasbihnya bunga yang ditaburkan dan hal ini disamakan dengan sebagaimana adat kebiasaan, yaitu menaburi bunga yang harum dan basah atau yang masih segar.(I’anah al-Thalibin, juz II, hal. 119)

 

Ditulis, diterangkan, disusun dan disaring maklumat oleh
DR. DR.H.C JOHAN ISKANDAR BIN ABDUL KARIM

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *